Zahid ada hak untuk kekal sebagai Presiden UMNO, kata Annuar Musa

Iklan
Annuar membantu memilih baju raya 122 kanak-kanak di Pasaraya Mydin Kubang Kerian hari ini.

KOTA BHARU – Semua pihak diminta untuk menghormati permintaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal sebagai Presiden UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Ahmad Zahid masih bertindak sebagai Presiden UMNO dan hanya bercuti buat sementara selepas memberi tugas berkenaan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai pemangku, Disember lalu.

Iklan
Iklan

"Beliau (Ahmad Zahid) berkorban demi memberi laluan kepada proses pemulihan parti dan jika ketika ini beliau membuat keputusan lain, itu hak beliau.

"Pendapat yang dikeluarkan oleh beberapa ketua UMNO bahagian termasuk UMNO Tebrau, hanya bersifat pandangan peribadi,” katanya pada sidang akhbar Pemuda dan Puteri UMNO Cakna Asnaf, hari ini.

Iklan

Annuar Musa berkata, usah ambil serius mengenai pandangan peribadi segelintir pemimpin sedangkan Ahmad Zahid mendapat mandat untuk menerajui UMNO daripada 100,000 perwakilan.

Katanya, semua pihak perlu mengurangkan spekulasi sebaliknya terus membantu parti dan menyelamatkan negara.

Iklan

Zahid diminta terus bercuti, lepaskan jawatan