Bangsa Johor tolak politik kebencian

Iklan
Gambar hiasan

FITNAH dan maki-hamun sewajarnya telah terpadam ketika semua rakyat, khususnya bangsa Johor sedang bergerak membina negeri - tempat tumpah darah dan air mata.

Sungguhpun demikian, kewujudan page dan akaun Facebook yang sewenang-wenangnya menggunakan nama 'Johor' dengan meniupkan kebencian sesama Bangsa Johor telah jelas mengkhianati adab dan kesusilaan bangsa ini.

Iklan
Iklan

Laman-laman picisan yang menebarkan kebencian melalui tohmahan dan celaan ini ketika umum memaklumi Bangsa Johor ketika ini makmur didokong semua kaum dan agama jelas merupakan kecurangan yang cuba dibina oleh orang-orang yang kecewa dan gagal.

Mereka ini tidak mempunyai kerja lain, melainkan meniupkan kecurigaan sesama bangsa serta melaga-lagakan antara pemimpin dan rakyat.

Iklan

Lantas kita menyeru kepada semua anak bangsa agar menolak seruan-seruan kebencian seperti ini.

Bangsa Johor sebagai sebuah tamadun yang tidak pernah dijajah dan terbina ratusan tahun lamanya sewajarnya telah matang untuk mengenali, siapa pejuang dan siapa petualang.

Iklan

Di bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita berdoa agar bangsa ini terus terpelihara daripada sebarang cubaan untuk mengeruhkan hubungan sesama kita di negeri kebanggaan Johor Darul Takzim.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN

Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Johor