JPN nafi terlibat urusan permohonan daftar kad pengenalan

Iklan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan penglibatan pihaknya dan anggota kerja agensi itu berkaitan urusan permohonan daftar kad pengenalan di Sabah seperti yang tular di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan berkata, beberapa gambar borang berkaitan urusan pendaftaran kad pengenalan juga bukan dokumen rasmi yang dikeluarkan dan digunakan pihaknya.

Iklan
Iklan

"Ingin ditegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk mewakili kami dalam apa-apa urusan.

"Semua dokumen rasmi jabatan ini hanya dikeluarkan di pejabat JPN dan tidak diedarkan kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan orang ramai dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurut kenyataan tersebut, laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu dan JPN akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan lain bagi menjalankan siasatan lanjut.

"JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam," katanya.

Iklan