Remaja mengaku rogol budak 5 tahun

Iklan
Remaja berusia 16 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dakwaan merogol kanak-kanak berusia 5 tahun.

IPOH - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, April lalu.

Tertuduh yang berusia 16 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak lagi bersekolah didakwa merogol kanak-kanak terbabit tanpa kerelaannya.

Dia melakukan perbuatan itu di rumahnya di Taman Lapangan Jaya di sini dari jam 11 pagi hingga 4 petang pada 16 April lalu.

Iklan

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat serta diperintahkan pengawasan polis selama 3 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Nabihah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 selain menetapkan syarat agar tertuduh tidak berhubung dengan mangsa dengan apa cara komunikasi sepanjang tempoh prosiding berlangsung.

Mahkamah juga menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun menjadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya dalam kejadian di Taman Lapangan Jaya di sini.

Kejadian itu diketahui selepas mangsa menceritakan perbuatan remaja berusia 16 tahun itu kepada ibu saudaranya sebelum maklumkan kepada ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan 5 tahun dirogol anak pengasuh