Nelayan kantoi miliki dadah

Iklan
Dadah yang dirampas dari suspek di pondok nelayan di Kepala Batas tengah malam tadi.

KEPALA BATAS - Seorang nelayan ditahan selepas polis menjumpai dadah jenis heroin dan syabu dipercayai miliknya, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di pondok nelayan di tepi sungai Jalan Kuala Bekah pada jam 12.45 tengah malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi tersebut menjumpai 23.5 gram heroin dan 0.3 gram syabu.

"Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri.

Iklan

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,200. Turut dirampas sebuah telefon bimbit," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, dadah yang dirampas dibawa balik ke Ibupejabat Polis SPU untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Ujian saringan air kencing suspek mendapati positif morfin dan syabu," katanya.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari sehingga 29 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksye15(1)(a) akta sama," katanya