KUALA LUMPUR - Penggantungan sementara perkhidmatan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abibulah Samsudin adalah bagi membolehkan yayasan itu melaksanakan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku beliau.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, ia dilakukan selaras dengan dapatan laporan audit oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya penggantungan sementara Abibullah berkuat kuasa 21 Mei tiada kaitan dengan isu rakaman ucapan ketua pengarah berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, seperti yang ditular di media sosial dan dilaporkan sesetengah media.
"Lembaga Pemegang Amanah Yapeim sudahpun mengambil maklum tentang rakaman video ucapan tersebut, namun tidak menjadikan rakaman itu sebagai satu-satunya asas pertimbangan untuk menggantung sementara perkhidmatan Abibulah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pengarah YaPEIM digantung sementara
"Penggantungan perkhidmatan adalah suatu proses standard, di dalam mana-mana organisasi jika terdapat kemungkinan dakwaan salah laku yang mana kakitangan boleh disiasat berdasarkan kepada peraturan dalaman organisasi tersebut,” katanya.
Sehubungan tu, lembaga itu memohon kerjasama dan jasa baik pihak media dan media sosial untuk menghentikan spekulasi, bagi membolehkan ia menjalankan tugas yang sewajarnya, katanya. - Bernama