Hak PM untuk gugurkan anggota Kabinet, kata Mahfuz

Iklan
Mahfuz (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang terpilih di Masjid Al Kauthar, Titi Besi, Alor Setar petang tadi.

ALOR SETAR - Hanya Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menentukan mana-mana menteri ataupun timbalan menteri terus kekal di dalam Kabinet kerajaan berdasarkan prestasi semasa ditunjukkan oleh mereka.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut adalah hak prerogatif perdana menteri dan semua menteri perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk digugurkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap individu yang telah diamanahkan tanggungjawab itu perlu melaksanakan tugas sebaik mungkin

"Jika perdana menteri melihat menteri mempunyai kelemahan dan tidak lagi berupaya membaikinya, saya fikir itu hak perdana menteri untuk melakukan rombakan Kabinet.

Iklan

"Saya tidak mempunyai masalah di atas sebarang pengguguran nama atas mana-mana parti hatta saya sekalipun berdasarkan pertimbangan. Perdana menteri yang akan membuat pertimbangan ke atas seseorang anggota Kabinet tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Ramadan 2019 di Masjid Al Kauthar, Titi Besi, Alor Setar petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas wartawan veteran, A Kadir Jasin menyarankan agar mana-mana menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), yang masih kurang menonjol dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk mengundurkan diri secara sukarela.

Iklan

Pada majlis tersebut sebanyak 250 orang asnaf menerima sumbangan dari pihaknya dan menjadi amalannya sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena menyerahkan sumbangan sejak tahun 1990 lagi.

Menurutnya, bagaimanapun perdana menteri ada menyatakan rasa berpuas hati dengan tempoh setahun Kabinetnya dengan kadar pencapaian 50 peratus.

"Saya fikir tidak semua menteri dan timbalannya merasa gembira dengan pencapaian sekarang kerana masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Saya lihat masing-masing boleh memberi pandangan (seperti A Kadir) tetapi pada akhirnya perdana menteri menentukan. Individu yang berada di dalam kabinet tidak boleh berasa puas hati. Saya sendiri tidak pernah rasa puas dengan apa yang dilakukan dan sentiasa berfikir apa yang perlu dibaiki lagi," katanya.