‘Terima kasih kerana sudi taja anak-anak Palestin’

Iklan

JABATAN Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan terima kasih kepada sebuah universiti awam dan 11 universiti swasta yang sudi menaja biasiswa khas 'Scholarships for Palestine’ untuk anak-anak Palestin melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Malaysia.

Universiti-universiti yang dimaksudkan dan nilai sumbangan masing-masing adalah seperti berikut:

Iklan
Iklan

Al Bukhary International University RM 3,500,000.00 (25 Biasiswa)

Management & Science University RM 1,100,000.00 (27 Biasiswa)

Iklan

Mahsa University RM 1,094,200.00 (20 Biasiswa)

Kolej Universiti Islam Perlis RM 1,020,000.00 (15 Biasiswa)

Iklan

City University Rm1,000,000.00 (26 Biasiswa)

Multimedia University RM1,000,000.00 (6 Biasiswa)

Ucsi University RM719,433.00 (5 Biasiswa)

Universiti Teknologi Petronas RM681,500 (6 Biasiswa)

Universiti Tenaga Nasional RM575,000.00 (3 Biasiswa)

Sunway University RM500,000.00 (3 Biasiswa)

Universiti Kuala Lumpur RM158,400.00 (2 Biasiswa)

Universiti Utara Malaysia RM128,000.00 (2 Biasiswa)

Adalah menjadi kelaziman kepada universiti-universiti tempatan untuk menawarkan biasiswa pada setiap tahun sama ada kepada pelajar Malaysia atau pelajar antarabangsa.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja universiti-universiti swasta di negara ini telah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM100 juta kepada pelajar-pelajar tempatan.

Sebagai contoh, Al-Bukhary International University adalah sebuah universiti swasta di Malaysia berlandaskan konsep"philanthropy” yang menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara yang dilanda peperangan agar mereka dapat pulang dan membangunkan semula negara masing-masing.

Usaha murni tersebut juga telah menarik minat universiti-universiti swasta yang lain, telah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar dari Palestin. Ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan universiti-universiti terbabit dalam meningkatkan kecemerlangan akademik bukan hanya di universiti masing-masing, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak Palestin berpotensi dari negara yang sedang dilanda peperangan untuk mereka mengembangkan ilmu di menara gading.

Oleh itu, kesudian universiti-universiti berkenaan menawarkan biasiswa kepada anak-anak Palestin pada 22 Mei 2019 bersempena bulan Ramadan yang mulia ini merupakan inisiatif khas melambangkan solidariti warga pendidikan tinggi dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang tertindas.

Menyedari bahawa dana untuk penajaan itu adalah dari sumber kewangan universiti masing-masing, JPT sekali lagi ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kesemua 12 universiti yang disenaraikan tadi di atas sumbangan yang besar nilainya dalam lanskap pendidikan tinggi negara dan berharap semangat ini dicontohi oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

* Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 23 Mei 2019