Ikan keli golek bangkit selera berbuka puasa

Iklan
Laris..Keli golek yang dijual Naim di Jalan Budiman, Kampung Batu Buruk habis terjual dalam tempoh satu jam.

KUALA TERENGGANU - Keharuman bau ikan keli yang dibakar dan keenakan rasa kuah percik yang dimakan bersama perahan limau kasturi membangkitkan selera penggemar menu ikan keli golek untuk dijadikan sebagai juadah ketika berbuka puasa.

Apa yang menjadikan menu itu lebih istimewa, ikan keli golek dan air katira yang dijual di Jalan Budiman, Kampung Batu Buruk, di sini, hanya boleh didapati hanya bulan Ramadan.

Iklan
Iklan

Naim Osman, 40, berkata, sejak beroperasi awal Ramadan lalu, gerainya itu tidak pernah lengang dengan kunjungan pelanggan malah ada waktu tertentu, keli golek yang dijualnya habis hanya dalam masa satu jam.

"Biasanya kita buka gerai lepas Asar atau pada jam 4.45 petang. Sebelum tu kita dah perap awal-awal ikan keli dan beberapa jenis ikan yang lain. Bila buka gerai, tinggal nak bakar sahaja,” katanya.

Iklan

Naim berkata, kebiasaannya, dia akan menyediakan sebanyak 30 hingga 40 ekor ikan keli yang diperoleh dengan harga RM6 sekilogram di pasar tani dan dijual pada harga RM4 seekor manakala air katira pula dijual pada harga RM2 sebekas.

"Lepas beli ikan, saya akan siang dengan cara yang betul untuk pastikan bau hanyirnya hilang. Paling penting kena buang hati hanyir yang mempengaruhi bau ikan keli,” katanya.

Iklan

Menurutnya, menu hasil air tangan ibunya, Aishash Mohd, 70, dijual di situ sejak dia masih kecil.

"Sejak dulu lagi keluarga kami jual ikan keli golek dan air katira. Ia adalah air tangan ibu dan bapa saya.

"Penyediaan kuah golek lagi istimewa kerana kita tak guna santan segera atau kelapa siap parut yang dijual.

"Kita guna enam hingga lapan biji buah kelapa yang diparut dan diperah sendiri untuk dapatkan perahan santan yang pekat,” katanya.