1,306 murid pertama alunkan surah al-Kahf

Iklan
Barisan yang menjayakan Wolrd Kids #QuranHour di Kelantan.

KOTA BHARU – Sejumlah 1,306 murid dari Sekolah Kebangsaan Datu Hashim (SKDH) Pengkalan Chepa di sini menjadi kelompok kanak-kanak pertama menggegarkan suasana World Kids #QuranHour anjuran Persatuan Rumah Ngaji di negeri ini semalam.

Pengerusi penganjur, Datuk Adnan Hashim berkata, program membabitkan penglibatan murid sekolah bermula seawal usia enam tahun (pra) sehingga murid tahun enam tersebut turut disertai para guru serta kakitangan sekolah yang serentak mengaji dan bertadabbur selama sejam.

Iklan
Iklan

Katanya, program dicetuskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama stesen televisyen Astro dan Kumpulan Media Karangkraf dikembangkan ke peringkat lebih besar selepas Melaka yang menjadi perintis penganjuran World Kids #QuranHour sejak dua tahun lalu.

"Selain daripada menjadi satu program perjalanan menuju ke World #QuranHour pada 30 Mei ini, World Kids #QuranHour ini sebenarnya bertujuan menanam minat dalam kalangan kanak-kanak untuk membaca al-Quran pada awal usia mereka.

Iklan
Sokongan tanpa berbelah bagi ditonjolkan daripada anak-anak ini.

"Dalam program ini juga sudah tentu diselitkan keterangan berkait isi kandungan surah al-Khaf ayat 1 hingga 10 yang menjadi surah pilihan untuk dibaca dan ditadabburkan pada kali ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Hari ini 22 Mei 2019 bersamaan dengan 17 Ramadan 1440H berlangsung World Kids #QuranHour secara serentak di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.

Iklan

SKDH mengetuai sekolah di Kelantan berlangsung meriah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibu bapa dan Guru SKDH serta Guru Besar SKDH, Hamidah Che Hamid.

Hadir sama Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Sementara itu, Hamidah menyatakan berbesar hati kerana sekolah tersebut menjadi pilihan dan diberi peluang menjadi sekolah pertama menganjurkan program julung kali di Kelantan itu.

Murid yang khusus mendengar bacaan surah al-kahf bersama-sama tadabbur tentang maksud ayat 1 hingga 10 surah itu.

"Di sekolah ini bukan sahaja terdapat murid arus perdana dan pra, malah turut membabitkan murid pendidikan khas dan bacaan suruh al-Khaf turut diketuai murid darjah enam iaitu Muhd Arman Murshid Anuar dan Muhammad Danisg Mohd Zamri yang mengalunkan bacaan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

"Pada masa sama turut dirasmikan Rumah Ngaji SKDH yang akan menjadi pusat pembelajaran apa-apa sahaja yang berkait dengan al-Quran di sekolah ini dan akan beroperasi secara percuma kepada murid serta para guru SKDH,” katanya.