Bersedekah dengan guna kod QR

Iklan
Dari kiri Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Ustaz Munir Mohd Saleh; Syahrunizam; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid Jawi, Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim hadir merasmikan program 7 tangkai: Jom infak baru-baru ini.

TNG Digital Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini memperkenalkan program 7 tangkai: Jom Infak yang menggalakkan orang ramai bersedekah dengan cara paling mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Syahrunizam Samsudin berkata, pihaknya akan menggunakan kod QR menerusi aplikasi eWallet di masjid-masjid terlibat sekitar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rekod, setakat ini, terdapat 10 buah masjid yang telah dilengkapi dengan kemudahan kod QR.

Dari kiri Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Ustaz Munir Mohd Saleh; Syahrunizam; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid Jawi, Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim hadir merasmikan program 7 tangkai: Jom infak baru-baru ini.

Bagaimanakah cara menggunakannya? Ujar beliau, para pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk menderma dan setiap transaksi akan dipindahkan terus ke masjid-masjid yang terlibat.

Iklan

"Kami ingin mengubah cara sumbangan derma sejajar dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya yang menyasarkan 40 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk diserapkan di bawah program tersebut menjelang akhir tahun 2019.

Syahrunizam menambah, dengan penggunaan kod QR, ia akan membuka lebih banyak peluang dari sudut interaksi dan penglibatan antara masjid-masjid.

Iklan

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/ dan daftar masuk melalui www.facebook.com/touchngoewallet/.