Rumah sewa tempat bungkus dadah diserbu polis

Iklan

SANDAKAN - Polis Sandakan menahan seorang lelaki warga Filipina berumur 46 tahun disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Sim-Sim, di sini tengah malam tadi.

Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sandakan itu dijalankan jam 12.15 tengah malam semalam menemukan beberapa bekas plastik berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu anggaran berat 35.92 gram di rumah sewa suspek.

Iklan
Iklan

"Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Rumah sewa suspek ini juga dijadikan sebagai tempat membungkus dadah sebelum diedar di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Mohd Azhar berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama