Penduduk tangkap ikan patin buah seberat 25 kg

Iklan
Roslysham menunjukkan ikan patin buah yang dibeli pada harga RM200 seekor.

MARANG - Penduduk di sini gempar apabila seekor ikan patin buah seberat kira-kira 25 kilogram (kg) dibawa naik di Sungai Pengkalan Berangan kira-kira jam 11 malam semalam.

Ikan itu ditangkap seorang penduduk kampung sebelum dijual kepada seorang peniaga, Roslysham Effendy, 32, pada harga RM200.

Iklan
Iklan

Roslysham berkata, Sungai Pengkalan Berangan sememangnya menjadi tumpuan penduduk di kampung itu untuk menangkap pelbagai jenis ikan air tawar termasuk pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, katanya, sebelum ini ikan ditangkap hanya bersaiz sederhana dan ini kali pertama kemunculan ikan patin buah iaitu spesies jarang dapat ditangkap bersaiz melebihi 20 kg.

Iklan

"Memang di sekitar sini penduduk akan tangkap ikan untuk dijual atau dimakan sendiri guna pelbagai kaedah tangkapan.

"Jadi malam tadi, saya bergegas ke sungai apabila dimaklumkan ada penduduk kampung yang berjaya tangkap patin buah bersaiz agak besar.

Iklan

"Kalau ikut harga pasaran, ikan ini dijual pada harga RM35 sekilo tetapi saya beli dengan harga borong iaitu RM200 seekor,” katanya di sini hari ini.

Roslysham berkata, dia kemudiannya menyiang ikan berkenaan untuk dijual dengan harga RM15 sekilogram.

Katanya, sehingga kini ikan itu sudah dijual kepada penduduk setempat dan sebanyak empat kilogram diagihkan juga kepada penduduk kampung.