RON97 naik 8 sen, RON95 kekal

Iklan

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 8 sen seliter daripada RM2.68 kepada RM2.76 seliter.

Sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Iklan
Iklan

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga tersebut adalah bagi tempoh 25 Mei hingga 31 Mei ini.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter masing-masing.

Iklan

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

Katanya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh itu adalah berjumlah RM126.52 Juta.

Iklan