Gangguan bekalan air Sungai Garing pulih

Iklan
Abdul Raof Ahmad

RAWANG - Gangguan bekalan air berikutan insiden paip pecah berdekatan Sungai Garing pulih sepenuhnya semalam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja kecemasan pembaikan paip pengepaman yang pecah siap dilaksanakan pada jam 2 pagi semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bekalan air ke semua kawasan terjejas telah dibuka dan pulih sepenuhnya.

"Kami rakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pelanggan di atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan.

Iklan
Iklan

"Pengguna boleh layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat mengenai bekalan air,” katanya.