Perlis umum bantuan Aidilfitri RM550 kepada penjawat awam

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Kerajaan Perlis mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini termasuk pesara kerajaan yang akan dibayar pada 27 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, bayaran bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM550 akan diberikan kepada pegawai gred 56 ke bawah termasuk pegawai lantikan sementara.

Iklan
Iklan

Bantuan itu juga akan diberikan kepada pemandu-pemandu yang dilantik Speaker, Exco Kerajaan negeri dan anggota Unit Pembangunan Komuniti (UPK).

"Kerajaan Perlis juga bersetuju untuk membayar baki lagi RM325 kepada pesara kerajaan yang dilantik semula dibawah ‘Contract for/of service’ dan UPK menjadikan RM550 sama seperti penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di Facebook miliknya.

Iklan

Menurut Azlan, pesara kerajaan yang tidak dilantik semula akan menerima bantuan khas pesara sebanyak RM225.

Katanya, pemberian bantuan khas sempena Aidilfitri ini adalah bagi menghargai kakitangan awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Iklan

"Diharapkan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri Perlis dalam merancang persiapan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 yang dijangka disambut pada 5 Jun ini,” katanya. - Bernama