'Kami dah biasa buka puasa di lokasi kejadian'

Iklan
Demi tugas, sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa berbuka puasa di lokasi kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Demi tugas, sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa berbuka puasa di lokasi kejadian kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, situasi tersebut merupakan salah satu cabaran yang terpaksa ditempuh oleh setiap anggota pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini sudah menjadi sebahagian daripada darah daging buat setiap anggota bomba dan kami tidak pernah mengeluh untuk berdepan situasi itu.

"Semuanya ini kerana tugas yang telah diamanahkan dan kami amat gembira dapat melaksanakannya demi masyarakat," katanya.

Iklan

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas serta Tunjong terpaksa berbuka di lokasi kejadian selepas operasi memadam kebakaran dilakukan.

Menurutnya, setiap kali tibanya Ramadan, anggota bomba sudah bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan tugas-tugas menyelamat tanpa mengira waktu.

Iklan

Katanya, semua itu telah termaktub dalam senarai tugas anggota pasukan berkenaan.

"Penat macam mana pun, ibadah puasa tetap kami kerjakan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah perintah agama," katanya.

Imran turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbangkan makanan serta minuman berbuka buat anggota bomba.

Katanya, sumbangan itu amat besar ertinya buat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan besar menjelang Syawal!