KUALA LUMPUR - Bendera bomba akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia akan dilaksanakan di semua premis JBPM bermula hari ini (18 Disember) sehingga 20 Disember.
Katanya, nama Muhammad Adib juga akan diabadikan bersama-sama Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu.
"Demi menegakkan keadilan, besar harapan JBPM agar tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kecederaan dan kematian Muhammad Adib,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, JBPM merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang memberi penghormatan terakhir di Pangkalan Udara Subang, serta semua pihak yang membantu sehingga selesai urusan pengebumian.
"Sesungguhnya perhatian, bantuan, sumbangan dan doa semua pihak berikan sepanjang tempoh berkenaan amatlah kami hargai,” katanya.