LANGKAWI - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM30 juta untuk pelaksanaan program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) bagi 2019 demi membantu golongan ibu berpendapatan rendah di Kedah.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, seramai 4,511 golongan ibu termasuklah 48 penerima di Langkawi bakal menerima manfaat melalui KIDA hasil kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan.
Dr Mahathir berkata, penerima KIDA akan mendapat bantuan RM250 setiap bulan untuk mendapatkan barangan keperluan asas dan RM500 setahun untuk mendapatkan rawatan kesihatan dari klinik-klinik swasta dilaksana melalui Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) itu.
"Melalui KIDA, pihaknya berharap pemberian itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan harian, kebajikan dan kesihatan penerima sekeluarga berkenaan.
"Malah, penerima juga boleh menggunakan kad KIDA diberikan untuk perbelanjaan bulan puasa dan juga persiapan untuk Hari Raya Aidifitri yang akan diraikan tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran KIDA di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi, di sini, tadi.
Turut hadir, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John; Pegawai Daerah Langkawi, Muhammad Arof Darus; Pegawai Kemajuan Kedah, Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Mohd Asri Redha Abdul Rahman; Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat dan Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.
Penerima boleh menggunakan Kad KIDA untuk mendapatkan barang-barang keperluan di lebih 80 kedai runcit di seluruh Kedah termasuklah lima di Langkawi yang berdaftar dengan program ini.
Menurut Dr Mahathir, Kad KIDA juga boleh digunakan penerima berkenaan di 100 klinik di Kedah termasuk empat di Langkawi yang turut berdaftar dengan program ini.
Menurut Dr Mahathir, program KIDA dilaksana demi memperkasa dan memartabatkan kaum ibu selaku tunjang sesebuah keluarga.
Bagaimanapun, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, bantuan yang diberikan kepada golongan ibu ini bukan bermakna tidak lagi perlu berusaha.
"Jadi, kita turut memberi sokongan dalam bentuk didikan, tunjuk ajar dan latihan selain bantuan demi memastikan rakyat memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh membantu memaju diri dan keluarga mereka," katanya.
Katanya, program pembangunan modal insan, EmpowerNCER@Kedah dan program keusahawanan, Entrepreneur@Kedah turut diperkenalkan dalam usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan, meningkatkan peluang keusahawanan, menaikkan pendapatan isi rumah, sekali gus membasmi kemiskinan.
Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 140 orang petani melibatkan keluasan sekitar 219 hektar, akan menerima program bantuan akibat
bencana kemarau yang panjang di antara bulan bulan Disember 2018 hingga bulan Mac tahun ini.
Menurut beliau, lebih RM290,000 diperuntukkan untuk petani terlibat, yang mana bantuan dihulurkan diharapkan meringan sedikit beban kerugian mereka.