KUALA NERUS - Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Sungai Ikan, di sini pagi tadi.
Pegawai Operasi Bomba Kanan ll Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Hasmadi Sulaiman berkata, keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira kira jam 9.30 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Pemandu dan seorang penumpang dalam kereta Peugeot disahkan meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
"Dalam kereta Wira Aeroback pula, pemandu dan seorang penumpangnya yang dipercayai hamil turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.