Operasi polis 'bikin' warga Afrika tidak senang

Iklan
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas Polis Kuala Lumpur menjalankan operasi bagi membanteras warga asing menimbulkan rasa 'tidak senang' warga Afrika apabila mereka dikatakan mula berpindah ke kawasan lain.

Perkara ini dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan polis di lokasi tumpuan warga Afrika iaitu di Jalan Sepadu off Jln Klang Lama, Taman OUG Jln Klang Lama, Metro Prima Kepong dan Taman Counaught Cheras, di sini, malam tadi.

Iklan
Iklan

Serbuan yang diketuai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Khalid Adon bermula jam 10 malam itu mendapati kawasan itu kosong tanpa kehadiran mereka.

Difahamkan, warga Afrika ini telah mula bergerak ke kawasan Serdang. Malah ada antara mereka ini hanya duduk di dalam dan tidak keluar pada waktu malam kerana bimbang ditangkap.

Bagaimanapun, operasi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Bukit Bintang dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur berjaya mengesan kehadiran mereka yang dilihat berkeliaran.

Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia lingkungan 20 hingga 30-an termasuk dua wanita telah ditahan.

"Semakan mendapati empat yang ditahan adalah warga Nigeria, Guinea (2 orang), Tanzania (1 orang), Sudan (2 orang), Nepal (1 orang) dan Bangladesh (3 orang).

Iklan

"PATI ini dikesan tinggal lebih masa selain gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan sama ada tangkapan warga Afrika ini terlibat dalam kes jenayah Black Money atau African Scam.