58 orang kurang bernasib baik terima bantuan RM104,000

Iklan

LABUAN - Seramai 58 orang dari golongan kurang bernasib baik di sini menerima bantuan berjumlah RM104,000 daripada pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menyampaikan bantuan kewangan itu sempena program Nur Ramadan di Masjid Sultan Muhammad V di sini.

Iklan
Iklan

Beliau juga mengumumkan pengedaran 330 kit pengurusan jenazah kepada surau dan masjid di pulau ini.

Program Nur Ramadan adalah platform untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensinya Perbadanan Labuan untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada 320 kanak-kanak yang kurang bernasib baik, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di sini.

Iklan

"Program ini membolehkan kakitangan kementerian dan Perbadanan Labuan memupuk hubungan baik dengan masyarakat," katanya.

Khalid berkata bulan suci Ramadan adalah untuk rakyat meneruskan amalan bersedekah. -Bernama

Iklan