Erat silaturahim, masak bubur lambuk bersama

Iklan

SHAH ALAM - Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan semangat kebersamaan dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan menjadi teras utama Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Rasa menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor hari ini.

Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Rasa dengan kerjasama Tourism Selangor serta beberapa agensi itu diadakan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Iklan
Iklan

Editor Majalah Rasa, Ida Abd Aziz berkata, program ini diadakan bertujuan mengimarahkan lagi bulan Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama serta penyatuan masyarakat.

"Bubur lambuk ini kita masak bersama dan melibatkan seramai 120 pelajar dan kakitangan daripada UiTM Puncak Alam, Politeknik Sultan Idris Shah, Kolej Damansara Utama dan ramai lagi.

Iklan

Aktiviti memasak bubur lambuk ini diadakan bersama-sama dan gotong royong oleh pihak yang terlibat.

"Menariknya, program ini kita gabungkan daripada semua bangsa, memasak bersama, saling kenal mengenal antara satu sama lain dan paling penting perpaduan ini kita terapkan dalam usia yang muda dan itu yang menjadi agenda utama penganjuran program ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada program Rasa Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Katanya, sebanyak 20 periuk bubur lambuk yang dimasak ini akan diedarkan kepada orang ramai, pasukan beruniform dan masjid sekitar Shah Alam.

"Beberapa selebriti, chef selebriti, Hero Remaja, Dewi Remaja dan Instafamous turut sama memeriahkan program ini.

Sebanyak 20 periuk bubur lambuk yang dimasak ini akan diedarkan kepada orang ramai, pasukan beruniform dan masjid sekitar Shah Alam.

"Program ini sekali gus sebagai salah satu usaha menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama masyarakat melalui aktiviti gotong royong ini," katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan daripada pihak FGV kepada beberapa badan kebajikan selain pelancaran edisi khas lebaran Majalah Rasa.

Turut hadir merasmikan majlis adalah Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan negeri, Datuk Rashid Asari.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohd Fahim, Ketua Pegawai Operasi FGV, Syed Mahdhar Syed Hussain dan beberapa tamu lain.