TIC kongsi rezeki

Iklan
TIC meraikan 200 asnaf sempena Ihya Ramadan dan turut menyerahkan kutipan dibuat sempena program Gerak Gempur Tabung Aman Palestin.

IPOH - Taj International College (TIC) buat tahun ketujuh berturut-turut meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu mengutip dana bagi mengisi tabung kemanusiaan Aman Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tina Tajuddin berkata, tahun ini menerusi program Gerak Gempur Tabung Aman Palestin yang dijalankan Majlis Mahasiswa Islam berjaya mengumpul sebanyak RM17,581.56.

Iklan
Iklan

"Menariknya kutipan amal ini dijalankan hanya selama sehari secara serentak di 25 lokasi di seluruh Ipoh termasuklah di bazar Ramadan dan pusat membeli-belah pada 18 Mei lalu.

"Memang kita berhasrat untuk memanjangkan lagi tempoh kutipan, tetapi berdepan kekakangan memandangkan pelajar-pelajar sendiri akan menghadapi minggu peperiksaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Ihya Ramadan anjuran TIC semalam.

Tina menyerahkan kutipan yang dibuat kepada Pengurus Aman Palestin Perak, Khairul Amin Ibrahim.


Beliau berkata, TIC antara Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Perak yang menjadi rakan strategik Aman Palestin.

Iklan

Katanya, usaha begini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada mahasiswa akan erti nilai keperimanusiaan dan saling membantu kepada mereka yang memerlukan.

"Ada antara mereka sudi menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dalam misi-misi Aman Palestin di sana, namun kita belum sampai ke tahap itu lagi," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Ihya Ramadan kali ini meraikan 200 asnaf termasuk anak yatim, rumah tahfiz di sekitar Ipoh, saudara baru dan pelajar istimewa dari sekolah pendidikan khas terpilih.