KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang sedang melaksana satu pelan transformasi, telah mengenal pasti 31 inisiatif strategik yang akan dijalankan dalam tiga fasa.
Menurutnya, setiap fasa akan mengambil masa lapan bulan. Fasa pertama adalah untuk mewujudkan momentum dan mencapai penyelesaian isu utama dengan segera.
Fasa kedua pula melibatkan lebih banyak inisiatif dalam kategori fokus strategik bagi menyasarkan percambahan pertumbuhan.
Sementara fasa ketiga akan memberi tumpuan kepada penyampaian dan pembinaan keupayaan dalaman Felda yang lestari melibatkan penambahbaikan proses, struktur dan budaya kerja.
"Segala usaha akan dibuat supaya fasa-fasa ini boleh berjalan serentak untuk mempercepat proses pemulihan," kata Felda dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Agensi kerajaan itu berkata, antara inisiatif yang sedang dilaksana ialah meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan hutang peneroka bagi menangani pelbagai isu yang ditimbulkan supaya sistem pengurusan hutang yang lebih telus dan baik dapat dilaksanakan.
Menurutnya, inisiatif lain pula ialah penyelesaian masalah pewarisan tanah peneroka kerana 30 peratus daripada 112,635 keluarga peneroka berhadapan masalah pewarisan.
Sementara 58 peratus lagi akan berdepan isu ini berdasarkan fator usia peneroka yang semakin meningkat.
"Penyelesaian jangka panjang perlu dicapai segera bagi memastikan kesinambungan pemilikan dan kesejahteraan komuniti peneroka keseluruhannya,” katanya.
Selain itu, inisiatif lain turut melibatkan penyususan semula Kumpulan Felda untuk jangka panjang.
Sebahagian daripada inisiatif ini akan dimuktamadkan selepas perbincangan dengan kerajaan mengenai pilihan terbaik untuk agensi itu bergerak ke hadapan.
Felda berkata, semua 31 inisiatif strategik ini selari dengan hasrat strategik Felda yang telah diluluskan lembaga untuk menjadi pengurus perladangan terulung negara, mencapai kemampanan kewangan, memupuk pemimpin berbakat dan mencapai kesejahteraan komuniti lestari.
Dengan tercapainya hasrat strategik yang digariskan, akan berkesanlah visi Felda, iaitu menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif, tambahnya.
Menurutnya, lembaga juga telah meluluskan belanjawan Felda untuk 2019 yang berkurangan 23 peratus berbanding 2018. - Bernama