Dua mayat dipercayai nelayan hilang ditemukan terapung

Iklan
Mayat mangsa lemas dibawa naik ke jeti Ayer Baloi, tengah hari tadi.

PONTIAN - Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Pisang ditemukan dalam keadaan terapung di Tanjung Laboh, Batu Pahat dan Sungai Tampok Benut, pagi tadi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mayat pertama dijumpai terapung di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada jam 8.15 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Zon Maritim Batu Pahat, kira-kira 23.5 batu nautika arah barat laut dari lokasi nelayan terbabit dipercayai hilang.

"Mayat dipercayai seorang daripada dua mangsa hilang itu dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat bagi tujuan pengecaman dan pengesahan keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Manakala mayat kedua pula ditemui nelayan di kedudukan satu batu nautika barat daya Sungai Tampok pada jam 9.50 pagi tadi.

Aminuddin berkata, mayat itu ditemui kira-kira tujuh batu nautika arah barat laut dari lokasi nelayan berkenaan dipercayai hilang.

Iklan

Katanya, mayat berkenaan dibawa ke jeti Ayer Baloi bagi tujuan pengecaman ahli keluarga sebelum dihantar ke Hospital Pontian.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Khamis lalu, Mohd Khir Ismail, 38, dan sepupunya Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, pergi ke perairan Pulau Pisang untuk menjaring ikan dan tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

Keluarga mereka yang bimbang dengan keadaan tersebut membuat laporan polis keesokan harinya, sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Pasukan Polis Marin dan nelayan setempat.

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat terapung ditemukan di Sungai Ayam