21 maut akibat terpotong kepala zakar di Afrika Selatan

Iklan
Sejumlah 17 kes pemotongan zakar yang menyalahi undang-undang dan menyebabkan kematian dilaporkan di Wilayah Cape Timur manakala masing-masing 2 kematian di wilayah Barat Laut dan Cape Barat.
CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN. Sekurang-kurangnya 21 remaja lelaki di Afrika Selatan maut akibat terpotong kepala zakar ketika proses berkhatan sejak November, menurut pihak berkuasa semalam.

Sejumlah 17 kes pemotongan zakar yang menyalahi undang-undang dan menyebabkan kematian dilaporkan di Wilayah Cape Timur manakala masing-masing 2 kematian di wilayah Barat Laut dan Cape Barat, menurut Kongres Pemimpin Tradisional Afrika Selatan (Contralesa).

Siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar, kata Contralesa.

Contralesa menyalahkan pihak kerajaan kerana kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan program kesedaran bertujuan mengurangkan jumlah mangsa.

Berkhatan dianggap sebagai amalan suci dalam budaya Afrika, menandakan peralihan lelaki dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

Setiap tahun, puluhan kanak-kanak lelaki maut dan ramai yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam tempoh 10 tahun lalu Afrika Selatan mencatatkan lebih 1,000 kes terpotong kepala zakar ketika proses berkhatan. - Agensi