Penoreh getah dijel 12 tahun, 10 sebat rogol anak tiri

Iklan
Bapa tiri mangsa (dua, kanan) dan adiknya juga bapa saudara mangsa dikawal ketat polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas hukuman diputuskan terhadap kedua-duanya.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Seorang penoreh getah dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan di mahkamah sesyen di sini hari ini kerana merogol anak tiri yang berusia 13 tahun.

Adiknya pula iaitu bapa saudara mangsa juga penoreh getah pula dihukum penjara lima tahun kerana mencabul mangsa ketika berusia 8 tahun.

Iklan
Iklan

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas dua beradik berkenaan mengaku salah terhadap tuduhan masing-masing.

Mengikut pertuduhan terhadap bapa tiri yang berusia 46 tahun itu, dia didakwa merogol anak kedua daripada empat beradik berkenaan ketika usianya 13 tahun 11 bulan di dalam bilik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Buki Besi, Machang pada jam 6 petang, 11 Mac lalu.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan minimum sepuluh.

Sementara pertuduhan terhadap bapa saudara yang berusia 41 tahun itu pula, dia didakwa mencabul mangsa ketika usianya 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Kerawang, Machang antara jam 4 petang hingga 6 petang, antara Januari hingga Disember 2013.

Iklan
Polis membawa kedua-duanya keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas hukuman diputuskan terhadap kedua-duanya.

Dakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan 10 tahun atau denda atau sebat atau antara dua daripada hukuman itu.

Dalam kejadian rogol itu, mangsa yang sedang tidur didatangi bapa tiri yang masuk ke dalam bilik dan merogolnya. Mangsa melawan tetapi diugut untuk dipukul.

Dalam kejadian cabul itu pula, mangsa ketika itu masih kecil dan tinggal bersama bapa saudaranya. Mangsa dicium mulut dan dicabul ketika orang lain tiada di rumah.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan miskin, mempunyai anak masih kecil dan isteri yang tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman pemenjaraan yang boleh memberi pengajaran terhadap mereka atas faktor kekeluargaan antara mangsa dan kedua-dua tertuduh.

"Seorang tertuduh dalam kes ini adalah bapa tiri dan seorang lagi pula adalah bapa saudara yang sepatutnya menjaga mangsa dan menjadi pelindung kepadanya serta bukan mengambil kesempatan hingga merosakkan masa depan mangsa.

"Perlakuan kedua-duanya ini memberi kesan mendalam terhadap mangsa sehingga dinyatakan dalam kenyataan impak dia mengalami trauma dan tekanan susulan kejadian itu,” katanya.