Korea Selatan tarik balik anugerah hak asasi Suu Kyi

Iklan
Anugerah Hak Asasi Gwangju itu ditarik balik kerana sikap acuh tak acuh Suu Kyi terhadap penindasan ke atas etnik Rohingya.
SEOUL - Sebuah kumpulan hak asasi manusia terbesar di Korea Selatan akan melucutkan anugerah yang diterima pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi pada 2004 kerana sikap acuh tak acuh terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya.

Jurucakap May 18 Memorial Foundation, Cho Jin-tae berkata, sikap tidak peduli Penasihat Negara Myanmar itu melanggar nilai anugerah itu yang melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia.

"Jadi, lembaga yayasan tersebut memutuskan untuk menarik balik anugerah tersebut," katanya, semalam.

Anugerah Hak Asasi Gwangju itu ditarik balik kerana sikap acuh tak acuh Suu Kyi terhadap penindasan ke atas etnik Rohingya.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Difahamkan, Suu Kyi tidak dapat menerima Anugerah Hak Asasi Gwangju pada masa tersebut kerana beliau dikenakan tahanan rumah di bawah pemerintahan junta tentera.

Yayasan tersebut ditubuhkan pada 1994 untuk memperingati kebangkitan kumpulan prodemokrasi di Gwangju yang berakhir dengan pertumpahan darah dan menyaksikan lebih 200 orang terbunuh atau cedera.

Bulan lalu, Amnesty International turut menarik balik Anugerah Duta Hati Nurani 2009 daripada Suu Kyi kerana sikap berdiam diri beliau terhadap penindasan yang meluas terhadap penduduk Islam Rohingya. - AFP