Datuk Dahlan Zainuddin diserang strok kali kedua

Iklan
Datuk Dahlan Zainuddin bersama Datin Effa Rizan

PENGHIBUR era 1970-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, kini berada dalam keadaan tidak sedar selepas diserang angin ahmar (strok) buat kali kedua menjelang waktu berbuka puasa, semalam.

Menurut isteri beliau, Datin Effa Rizan kepada Astro Awani, pemantauan yang dilakukan doktor mendapati Dahlan diserang strok di sebelah kanan pula.

Iklan
Iklan

Sekitar empat tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri.

Mengimbau semula detik cemas itu, Effa berkata, pada mulanya mereka berbual seperti biasa, namun Dahlan tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Iklan

Menyangkakan suaminya tertidur, Effa berusaha mengejutkan Dahlan, tetapi tiada respons.

"Bila tidak sedap hati tengok keadaan Abang Dell (panggilan buat Dahlan) begitu, saya terus hubungi ambulans untuk bawa beliau ke Hospital Selayang,” jelasnya.

Iklan

Tambahnya, dia masih lagi menunggu keputusan mengenai keadaan suaminya yang dijangka dimaklumkan doktor pakar, esok.