Suspek utama pembunuhan Siti Kharina akan dituduh esok

Iklan

SHAH ALAM - Suspek utama kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang jam 8.30 pagi esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek warga Nigeria berusia 36 tahun itu akan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan
Iklan

"Manakala suspek wanita warganegara Nigeria 35 tahun dan seorang lelaki warganegara Pakistan 38 tahun akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.

"Bon akan disempurnakan di Mahkamah Majistret Sepang esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Pada 17 Mei lalu, seorang lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.

Pada 16 Mei, polis menahan reman dua rakan suspek iaitu seorang wanita warga Nigeria dan lelaki warga Pakistan yang membawa kepada penahanan suspek.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi bersepadu gempur awang hitam

Pada 15 Mei, mayat Siti Khairina ditemui polis dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala selepas pemilik rumah sewa berkenaan melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan ditemui mati dibunuh di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun. Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah.