MELAKA TENGAH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta pengguna untuk berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggannya bagi menyelesaikan masalah berkaitan meter pintar yang didakwa menyebabkan bil elektrik naik seperti ditular di laman sosial, baru-baru ini.
TNB dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa meter pintar yang dipasang di Melaka mencatatkan bacaan yang tepat dan bukan menjadi penyebab kenaikan bil.
Iklan
Iklan
"Semakan terhadap aduan segelintir pengguna didapati berpunca dari kesilapan semasa pemasangan meterd, meter terdahulu yang tidak lagi efisien atau tidak lagi merekodkan bacaan yang tepat, usikan pada meter lama dan faktor-faktor berkaitan pembilan," menurut kenyataan itu.
Menurutnya, pengguna yang ingin menyemak bil mereka serta rungutan terhadap kenaikan bil boleh berbuat demikian sempena Hari Bersama Pelanggan di pejabat TNB Jalan Banda Kaba di sini bermula 28 hingga 31 Mei ini,
"Sesi bersama pelanggan tersebut akan bermula jan 8.30 pagi hingga 4 petang. TNB bersedia untuk memberikan maklumat serta langkah penyelesaian termasuk mengkreditkan lebihan bayaran dalam bil jika lebihan caj berlaku," katanya.
Selain di pejabat TNB Jalan Banda Kaba, pengguna boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan pembilan dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 1300-88-5454.
Selain itu, kunjungi mana-mana pejabat TNB di Pekan Alor Gajah, Bandar Jasin, Merlimau dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah. - Bernama