SONGKHLA - Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi cedera, termasuk seorang wanita awam dalam satu kejadian letupan bom di Chana, Songkhla.
Kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) itu berlaku, ketika pasukan polis sedang membuat pemeriksaan keselamatan di bahagian belakang Stesen Keretapi Chana.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Bahagian ke-9 Left Jen. Pol. Ronnasin Phusara berkata bom buatan sendiri itu dipercayai ditanam di bawah tanah, diletupkan dan mencederakan anggota polis yang sedang bertugas.
"Seorang anggota polis maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah.
"Seorang wanita awam yang turut berada di tempat kejadian cedera akibat serpihan bom tersebut. Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Chana,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata semua laluan ke tempat kejadian kini tutup untuk siasatan lanjut.
"Polis sedang menjejaki kumpulan yang mendalangi letupan itu,” katanya. - Bernama