Rakan suspek dilepas dengan jaminan, jadi saksi kes

Iklan
Cletus Halen Eboh (kiri) dan Rasool Ghulam (kanan) dibawa ke lokap sementara selepas selesai proses ikat jamin.

SEPANG - Dua individu yang sebelum ini direman polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, dilepaskan dengan bon jaminan di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini.

Kedua-dua mereka dilepaskan dengan bon jaminan dan akan menjadi saksi pendakwaan kes.

Iklan
Iklan

Wanita warga Nigeria, Cletus Halen Eboh, 35, dibenarkan jaminan sebanyak RM3,000 manakala lelaki warga Pakistan, Rasool Ghulam, 38, dibenarkan jaminan sebanyak RM1,000.

Cletus dijamin rakannya manakala Rasool dijamin isterinya.

Iklan

Majistret A Akhiruddin Boy @ Acho turut menetapkan penjamin kedua-dua mereka membayar bon jaminan tambahan masing-masing RM10,000 sekiranya gagal hadir sebagai saksi kes.

Selepas penemuan mayat mangsa pada 15 Mei 2019 di unit kondominium tersebut, polis menahan reman kedua-dua mereka sebelum berjaya menahan suspek utama di sebuah pasar raya di Cheras keesokan harinya.

Iklan