Inkues Adib: Prosiding tergendala, peguam tarik diri

Iklan
Syazlin. - Foto Astro Awani

SHAH ALAM - Prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tergendala apabila peguam, Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga anggota bomba tersebut menarik diri.

Permohonan itu dibuat Syazlin di hadapan Koroner, Rofiah Mohamad.

Iklan
Iklan

Syazlin berkata, pada prosiding yang memasuki hari ke-39 hari ini, beliau sepatutnya memanggil semula Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Dr Shahrom Abd Wahid, sekali gus terbatal.

"Saya percaya, dengan penarikan ini, saksi ke-29, Dr Shahrom yang sepatutnya dipanggil semula beri keterangan hari ini terbatal," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi ke-29 dibenar beri keterangan semula

Sementara itu, salah seorang peguam keluarga, Ahmad Taufiq Baharum memberitahu, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan.

Iklan

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.