Pembantu calon BJP ditembak mati

Iklan
Irani turut menghadiri upacara pengebumian pembantunya di Amethi

MUMBAI - Pembantu rapat calon parti pemerintah di India, Smriti Irani yang menewaskan pemimpin Parti Kongres, Rahul Gandhi mati ditembak semalam.

Jurucakap polis memaklumkan Surendra Singh sedang tidur di beranda di luar rumahnya apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya pada jam kira-kira 3 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

"Seramai tujuh orang telah ditahan. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan itu," kata Rajesh Kumar.

Dalam keputusan mengejutkan pada Khamis lalu, bekas aktres TV, Irani berjaya merampas kerusi Parlimen di Amethi, Uttar Pradesh yang telah dipegang keluarga Gandhi selama empat dekad selepas memperoleh 55,000 undi.

Iklan

Sehari selepas keputusan diumumkan, Singh turut mengagihkan manisan dan berarak bersama para penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP).

Dalam satu kenyataan, Irani berikrar akan mengheret dalang bertanggungjawab ke muka pengadilan. - Agensi

Iklan