Iklan raya Hero Setulus Ikhlas beri persepsi berbeza

Iklan
Antara aksi dalam iklan hari raya, Hero Setulus Ikhlas. - FOTO: TV3

BERSEMPENA Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, peneraju rangkaian televisyen di Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi Kempen Setulus Ikhlas kali ini tampil dengan sebuah iklan hari raya, Hero Setulus Ikhlas.

Iklan berdurasi empat minit itu mengisahkan tentang hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung yang melibatkan seorang kanak-kanak bernama Amir dan datuknya, Pak Din.

Iklan
Iklan

Pak Din seorang peniaga kedai runcit yang ramah manakala Amir pula seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang sangat meminati kuasa luar biasa dan mempunyai impian menjadi seorang ‘superhero’.

Penyanyi Haqiem Rusli turut membuat penampilan istimewa dalam Iklan raya Hero Setulus Ikhlas.

Iklan

Namun, apabila suatu hari kedai runcit datuknya ditimba masalah ketika hujan lebat menyebabkan atap kedainya bocor, barulah Amir sedar bahawa kuasa luar biasa itu sebenarnya ada pada datuknya sendiri dan penduduk kampung.

Iklan Hero Setulus Ikhlas telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei lalu dan boleh ditonton di laman YouTube TV3 Malaysia. Sehingga kini, iklan yang turut menampilkan penyanyi Haqiem Rusli ini telah meraih sebanyak lebih 500,000 jumlah tontonan.

Iklan

Antara aksi dalam iklan hari raya, Hero Setulus Ikhlas.