Segera siasat laporan akhbar luar negara

Iklan
Abdul Aziz mengacau bubur lambuk sempena program berkenaan.

IPOH - Pihak berwajib digesa menyiasat berhubung laporan akhbar luar negara yang mendakwa wujud lambakan plastik sampah di sebuah kawasan hutan pedalaman di negeri ini.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, laporan akhbar Daily Mail dari United Kingdom itu ternyata sesuatu yang mengejutkan dan sekali gus memerlukan tindakan segera.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, semua PBT di negeri ini termasuk pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu menjalankan siasatan dengan segera berhubung perkara berkenaan.

"Saya terkejut dan hairan apabila membaca laporan Daily Mail yang mengatakan timbunan plastik sampah itu adalah bahan buangan pasar raya di United Kingdom.

Iklan

"Bagaimana sampah sarap plastik itu boleh dibawa masuk ke dalam negara ini kerana ia amat memalukan jika benar-benar berlaku,” katanya di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian sempena Program Gotong Royong Bubur Lambuk Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, di Atrium Gemilang JPN.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Rosli Ahmad.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, pihaknya telah mengarahkan JAS dan agensi-agensi di bawahnya untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Kita akan tunggu laporan daripada semua agensi di bawah saya. Walaupun PBT bukan di bawah saya, tetapi saya yakin kerajaan negeri dan agensi di bawahnya akan dapat bekerjasama mencari punca mengapa dan bagaimana lambakan itu boleh berlaku,” katanya.