'Aidilfitri sunyi tanpa Adib'

Iklan
Mohd Kassim Abdul Hamid. Gambar kecil: Adib

ALOR SETAR - Sambutan hari raya tanpa kehadiran anak tercinta pasti sangat dirasai oleh keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun ini.

Ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, persediaan raya pada tahun ini berjalan seperti biasa namun sunyi tanpa kehadiran anak keduanya itu.

Iklan
Iklan

"Dulu ramai, sekarang ni dah berkurangan, jadi sunyi la sikit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, Muhammad Adib akan pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara.

Iklan

"Kadang-kadang dia balik sebelum raya, kalau tahun tu dia kena bertugas, dia akan balik selepas hari raya.

"Kita faham la tugas dia yang perlu berkhidmat untuk negara. Tapi sekarang ni pun kita faham juga, sama ada sebelum raya, atau selepas raya dia (Muhammad Adib) tetap tak balik dah," katanya.

Iklan

Sementara itu, Mohd Kassim enggan mengulas inkues Muhammad Adib dan menyerahkannya kepada peguam mewakili keluarganya serta menganggap keputusan inkues anaknya itu adalah di luar bidang kuasanya.