Abdul Aziz sokong titah Sultan Perak

Iklan
Abdul Aziz memasukkan bahan tambahan kepada bubur lambuk yang dimasak pada Program Gotong Royong Bubur Lambuk Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Atrium Gemilang JPN.
IPOH - Kita menyokong titah Sultan Perak, itu reaksi Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berhubung teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar parti politik tidak menyalahgunakan masjid serta surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian terutamanya di sepanjang Ramadan.

Abdul Aziz berkata, teguran baginda itu perlu dipatuhi oleh semua pihak demi memelihara dan memastikan kesucian masjid serta surau sebagai tempat ibadah umat Islam.

"Kita dah bangkitkan hal ini supaya jangan ada pihak yang gunakan agama dengan cara yang negatif, yang memecah belahkan.

Iklan
Iklan

"Jadi apa yang berlaku memang mendukacitakan. Kalau ceramah atau program diadakan atas nama parti atau tokoh parti, ini akan menimbulkan rasa tidak senang kepada jemaah itu sendiri,” katanya di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menegur parti-parti politik supaya tidak menyalahgunakan masjid dan surau.

Iklan

Sebelum itu, Abdul Aziz menghadiri Program Gotong Royong Bubur Lambuk Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Atrium Gemilang JPN.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Rosli Ahmad.

Iklan

Baginda bertitah demikian pada pertemuan bersama enam pemimpin parti politik di Perak melibatkan Menteri Besar yang juga Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar baru-baru ini.

Sementara itu, bagi mengulas berhubung isu sebuah sekolah tetap meneruskan kelas tambahan pada musim cuti sekolah ini walaupun sudah ditegur oleh pihak JPN Perak, Abdul Aziz berkata, perkara berkenaan telah selesai.

"Bagi saya, itu tak betullah. Kalau pihak jabatan dah tegur, perkara ini perlu dipandang serius.

"Apa pun, kita difahamkan, pihak JPN Perak telah pergi ke lokasi dan meminta agar ia tidak diteruskan,” katanya.