Kamera Awas di lokasi kemalangan maut

Iklan
Musa mengagihkan barangan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada majlis tersebut di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kalumpang kelmarin.

KALUMPANG - Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Hulu Selangor mencadangkan supaya kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dipasang di Lebuh Raya Utara Selatan dalam kawasan daerah ini.

Pengerusinya, Musa Ranli berkata, laluan dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur yang melalui daerah ini sering mencatat kes kemalangan ngeri melibatkan beberapa kematian terutama pada musim perayaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemasangan Awasa atau sebelum ini ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mendisiplinkan pemandu apabila kebiasaan memperlahankan kenderaan sebaik menghampiri lokasi kamera tersebut.

"Apabila kita tahu lokasi itu ada kamera, memang kita akan memandu perlahan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Aliran trafik akan meningkat tidak lama lagi kerana ramai yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri dijangka Rabu depan.

Iklan

"Jika tidak mengutamakan aspek keselamatan, kebarangkalian berlaku kemalangan tinggi maka dengarlah nasihat dan patuhi undang-undang jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Hulu Selangor yang turut dihadiri rang Besar Daerah Hulu Selangor, Engku Raja Muzaffar Raja Redzwa di sini kelmarin.

Iklan

Musa berkata, pengguna dinasihati melakukan pemeriksaan dan menyelenggara kenderaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

"Anggota pasukan keselamatan dan perubatan sekarang bersiap siaga untuk bertugas sepanjang Aidilfitri nanti. Ada antara anggota keselamatan ini cuti mereka dibekukan dan ketika bertugas, keselamatan diri juga perlu diutamakan," katanya.