KOTA TINGGI - Pengusaha homestay perlu peka dengan kehendak pelanggan serta tahu trend pelancongan masa kini dengan menyediakan perkhidmatan atau pengalaman melancong tidak dapat dilupakan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, melalui program Visit My Kampung, ia inisiatif penting kepada kementerian di mana program itu diwujudkan bagi memperkasa ekonomi penduduk kampung dengan menceburi bidang pelancongan secara mampan dan sistematik.
Menurutnya, program ini dapat mengekalkan budaya, gaya hidup, adat resam serta warisan masyarakat yang kebanyakannya masih terdapat di kampung-kampung.
"Saya ingin mengucapkan syabas kepada Homestay Kampung Temenin Baru kerana pada tahun ini mencatatkan peningkatan prestasi memberangsangkan dalam semua aspek,” katanya ketika berucap pada program Visit My Kampung Homestay Kampung Temenin Baru, kelmarin.
Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018, Homestay Kampung Temenin Baru yang berdaftar di bawah kementerian jana pendapatan sebanyak RM69,475.
Katanya, homestay itu menerima kedatangan pelancong seramai 1,181 orang yang terdiri daripada 239 orang pelancong domestik dan 942 orang pelancong antarabangsa.
"Manakala pada 2017 pula, homestay ini jana pendapatan RM52,130 dengan kedatangan pelancong 945 orang yang terdiri daripada 422 pelancong domestik dan 523 pelancong antarabangsa.
"Saya sarankan agar Homestay Kampung Temenin memainkan peranan lebih agresif dalam memajukan perusahaan homestay.
"Pengusaha homestay perlu menjalinkan kerjasama dengan penggiat industri yang lain seperti pengusaha-pengusaha agensi pengembaraan, pengusaha kraftangan, pengusaha-pengusaha perusahaan desa baik yang kecil mahupun sederhana,” katanya.
Di samping itu, katanya, pengusaha homestay juga disarankan untuk memperbanyakkan penglibatan komuniti tempatan khususnya di kalangan belia kampung sama ada sebagai pemandu pelancong setempat, pemasaran melalui teknologi internet dan lain-lain.
Jelasnya, pendedahan perlu diberi kerana kesinambungan program homestay juga banyak bergantung kepada pelapis ini nanti.