Indonesia musnahkan 18,000 botol arak haram sempena Ramadan

Iklan
Polis menghamparkan ribuan botol yang dirampas dalam operasi sejak beberapa bulan lepas di Jakarta dan melenyek dalam majlis memusnahkan bahan rampasan itu semalam.

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia memusnahkan hampir 18,000 botol arak haram di Jakarta hari ini ketika polis memperhebat operasi memusnahkan arak pada bulan Ramadan.

Hampir 90 peratus penduduk Indonesia berjumlah 260 juta adalah penganut agama Islam yang berpuasa ketika Ramadan.

Iklan
Iklan

Polis menghamparkan ribuan botol yang dirampas dalam operasi sejak beberapa bulan lepas di Jakarta dan melenyek dalam majlis memusnahkan bahan rampasan yang dibuat secara tahunan itu.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan juga menggesa penduduk mengelak mengedarkan arak haram.

Iklan

Pihak berkuasa Indonesia sering melakukan majlis memaparkan arak haram dirampas dan memusnahkannya untuk memberi amaran kepada orang Islam supaya tidak minum ketika Ramadan.

Alkohol dilarang dalam Islam, tetapi kebanyakan warga Indonesia mengamalkan"Islam moderat” dan ia masih dihidangkan di kelab malam dan bar di bandar-bandar utama negara itu seperti di Bali.

Iklan

Kebanyakan pusat hiburan ditutup di Indonesia ketika Ramadan termasuklah di Jakarta. – AFP