Mayat warga emas berulat ditemukan

Iklan
Aidi. (Gambar kecil: Kad pengenalan mangsa.)

PORT DICKSON - Mayat seorang warga emas ditemukan sudah berulat di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jimah Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Ismail Arifin,72, dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan berulat.

Iklan
Iklan

Katanya, hasil siasatan dilakukan mangsa tinggal sendirian di rumah berkenaan dan tiada unsur-unsur jenayah ditemui.

"Pada jam 6.50 petang semalam, Bilik Gerakan IPD Port Dickson menerima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan ada seorang lelaki telah terbaring di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati, si mati tinggal seorang diri dan dipercayai meninggal hampir dua minggu berdasarkan mayat yang telah kembung dan berulat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Iklan

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Siasatan masih diteruskan dan diklasifikasikan mati mengejut.