Waris warga emas dicari

Iklan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah ingin mengenal pasti waris seorang warga emas dikenali sebagai Abdul Hamid Rudin, berusia dalam lingkungan 70-an, yang ditemui sebagai gelandangan di sekitar daerah ini.

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah mencari waris kepada seorang warga emas dikenali sebagai Abdul Hamid Rudin, berusia dalam lingkungan 70-an, yang ditemui sebagai gelandangan di sekitar daerah ini.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, Unit Penguatkuasaan Daerah Melaka Tengah, Hamzah Abu Hasan berkata, penama terbabit dirujuk oleh orang awam ke Balai Polis Tengkera, pada 22 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, buat masa ini, warga emas terbabit ditempatkan sementara di Rumah Seri Kenangan Cheng.

"Orang awam telah merujuk kes warga emas ini di Balai Polis Tengkera selepas mendapati dia tiada tempat tinggal.

Iklan

"Difahamkan selama ini dia menumpang tinggal di kedai-kedai mamak di sekitar bandar Melaka dan ketika ini penama ditempatkan sementara di Rumah Seri Kenangan Cheng, sementara usaha-usaha kenal pasti waris dilakukan," katanya.

Tambah Hamzah lagi, pihaknya juga telah melakukan pengesanan ahli-ahli keluarga melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Iklan

Orang ramai yang mengenali waris penama terbabit boleh menghubungi Hamzah Abu Hasan di Unit Penguatkuasaan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 014-2610601.