QINGDAO - Tiga pekerja disahkan terbunuh manakala dua lagi masih hilang selepas terowong stesen metro dalam pembinaan di Qingdao, wilayah Shandong di timur China runtuh, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.
Qingdao Metro berkata insiden berlaku jam 5.40 petang semalam di tapak pembinaan di Metro Line No. 4, menyebabkan lima pekerja terperangkap.
Menjelang Selasa pagi, penyelamat menemui tiga mayat dan kerja-kerja mencari masih diteruskan.- Bernama