Ismail Izzani nak kahwin

Iklan
Penyanyi, Ismail Izzani

"SAYA nak kahwin," seloroh penyanyi, Ismail Izzani ketika diajukan soalan apa lagi yang mahu dikecapi di usia muda ini.

Bagaimanapun, Ismail, 19, terlebih dahulu mahu fokus terhadap karier seni selain kumpul duit untuk beli aset sebelum mendirikan rumah tangga.

Iklan
Iklan

"Saya target nak beli rumah sendiri dulu kemudian baru fikir soal kahwin. Lagipun nak mendirikan rumah tangga bukan senang, besar tanggungjawabnya.

"Insya-ALLAH andai ada rezeki saya kahwin, tetapu tak naklah ketika di usia yang muda sangat macam ini.

Iklan

"Mungkin bila sudah berumur 25 tahun nanti," ujarnya yang sedang mengenali hati seorang perempuan," katanya.

Penyanyi, Ismail Izzani

Terbuka berkongsi tentang kerap memuat naik gambar swafoto bersama seorang perempuan yang dikenali Shalma Eliana, Ismail mengakui perempuan itu seorang yang baik hati.

Iklan

"Kami memang rapat sejak dari zaman sekolah lagi. Bagi saya, dia seorang yang baik hati dan mama pun senang nak blend dengan dia," katanya.

"Alhamdulillah," katanya tersenyum.

Mengenai perkembangan kerjaya penyanyi remaja itu akan memperlahankan karier seninya kerana mahu fokus dalam bidang bisnes dengan menjual baju Melayu koleksi raya, Qilai MY.