'Saya sudah buat yang terbaik'

Iklan

SHAH ALAM -"Saya sudah buat yang terbaik," kata bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor.

Menurutnya, beliau tetap dengan keputusannya menarik diri daripada menjadi pihak- pihak berkepentingan dalam Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Muhammad Adib Mohd Kassim.

Iklan
Iklan

"Saya sudah membuat keputusan dan berpendirian tetap terhadapnya," katanya ketika mengulas mengenai saranan bekas Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar agar peguam itu berada di dalam inkuiri berkenaan sebagai peguam keluarga.

Menjelas lanjut mengenai keterangan saksi ke-29 yang merupakan Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid yang dikatakan terbatal selepas tindakannya menarik diri, Syazlin berkata, perkara itu tidak benar.

Iklan

"Keterangan saksi ke-29 masih terpakai kerana pada waktu itu saya masih mempunyai kapasiti," katanya.

Justeru katanya, keterangan Profesor Dr Shahrom masih boleh diambil kira.

Iklan

"Mahkamah boleh mengambil kira terhadap keterangan saksi berkenaan," katanya.

Ketika ditanya perasaannya selepas mengambil tindakan tersebut, Syazlin enggan mengulas.

Semalam, Syazlin secara tiba-tiba bertindak menarik diri daripada inkues tersebut sehingga mengejutkan banyak pihak.

Syazlin dipercayai menerima arahan daripada seorang pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang- undang agar berbuat demikian selepas tidak berpuas hati terhadap peguam itu yang dilihat agresif dalam mencari keadilan terhadap mangsa.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.