SHAH ALAM - Barisan peguam Muhammad Adib Mohd Kassim meluahkan rasa kehilangan selepas Syazlin Mansor menarik diri sebagai peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam inkues kematian anggota bomba itu.
Salah seorang barisan peguam itu, Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata, sepanjang prosing perbicaraan, Syazlin banyak membantu pihaknya.
Iklan
Iklan
"Kita rasa kehilangan. Beliau begitu banyak membantu kami kerana di belakangnya ada bomba," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: KPKT sahkan terima surat Peguam Negara
Biarpun begitu, katanya, pihaknya komited untuk meneruskan kes sehingga penghujung.
"Kami akan bekerja sama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sekiranya perlu," katanya.