KUALA LUMPUR – Pemergian tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pasti akan dikenang kerana sudah banyak menabur bakti kepada negara.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, antara jasa besar Kay Kim kepada negara terlibat dalam menulis Rukun Negara selain banyak mencurahkan baktinya dalam mendidik anak bangsa.